Website TemplatesJoomla TemplatesWeb Hosting
Home THE NEWS Latest Rentas Desa

Rentas Desa

Jumaat - 5 Februari 2010 : Seramai hampir 500 orang pelajar SMTM dari tingkatan empat, lima dan prauniversiti mengerah keringat merentas kawasan desa Bukit Piatu sejauh hampir lima kilometer dalam acara Rentas Desa sesi 2010. Cuaca panas terik yang memeritkan tidak mematahkan semangat mereka untuk berlari dari satu 'check point' ke satu 'check point' sehingga melepasi garisan penamat demi menyelamatkan maruah rumah sukan masing-masing.

Johan bagi kategori lelaki disandang oleh Mohd Ashraf ( 4A1 ) dari rumah Delima, manakala Ain Nadiah bt Ishnin ( 5A1 ) merangkul tempat pertama sekaligus mengharumkan rumah Nilam bagi kategori perempuan. Tempat kedua lelaki dimenangi oleh Mohd Izzul ( 5M1 ) dari rumah Topaz dan tempat ketiga oleh atlet Delima, Mohd Saufi ( 5M1 ). Siti Husna Nadiah dari rumah Nilam dan Farah Naquiah dari Topaz telah menguasai tempat kedua dan ketiga. Pada tahun ini peserta berlari menggunakan  laluan baru yang lebih mencabar. Johan keseluruhan dirangkul oleh Delima, diikuti rumah Nilam dan Topaz bagi tempat kedua dan ketiga.

Lihat foto... >

Last Updated (Monday, 22 February 2010 13:51)

 

Comments  

 
+1 # deen 2010-02-16 07:45
wah trek baru. itupun ramai yg berjalan aje
Reply | Reply with quote | Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Announcement

Salam Ramadan

Kepada semua muslim dan muslimah SMTM. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun ...

More in: Announcements
September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
Upcoming Events
Fri Sep 10 @12:01 - 12:01PM
Aidilfitri
Thu Sep 16 @08:00 - 05:00PM
HARI MALAYSIA
Mon Sep 20 @08:00 - 02:30PM
UJIAN BERKALA 1 6 RENDAH
Sat Sep 25 @08:00 - 05:00PM
JAMUAN AIDILFITRI
Sat Sep 25 @08:00 - 12:00PM
Bengkel Pembinaan Perancangan Strategik dan Kajian Tindakan
Most Viewed