SMTM Principal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat kurnia dan rahmat-Nya, maka dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web rasmi Sekolah Menengah Teknik Melaka.
Dunia sedang dibawa arus perdana Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebagai insan yang diamanahkan untuk memakmurkan kehidupan duniawi dan mencapai kebahagiaan ukhrawi, kita tidak dapat lari daripada turut serta agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Justeru, langkah menerbitkan laman web ini merupakan satu daripada langkah positif melengkapkan diri semua warga teknik dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Langkah ini juga dapat menghubungkan SMK Teknik Melaka dengan rangkaian dunia luar secara global di samping memperkenalkan sekolah ini kepada dunia antara bangsa secara maya.Kepada para pelajar, tanamkanlah minat untuk mempelajari teknologi maklumat untuk kegunaan pada masa kini dan masa hadapan. Saya juga berharap agar ilmu ini dapat dimanfaatkan secara positif agar kita dapat menyumbang tenaga ke arah penzahiran Dasar Wawasan Negara.
Akhir kata , saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga keluarga TEKNIK akan terus maju dalam pelbagai bidang.
'1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
Tn. Hj. Arshad b Md Yusof
Pengetua,
SM Teknik Melaka
75150 Bukit Piatu,
Melaka.
The Principal