The News
Majlis Pelancaran Bulan Patriotik 2010Majlis Pelancaran Bulan Patriotik 2010 telah adakan di Dewan Wawasan pada 16 Ogos 2010 sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-53 peringkat sekolah. Acara bermula seawal jam 7.15 pagi melibatkan semua guru dan pelajar. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, dan lagu keramat Menjunjung lambang serta laungan ikrar.Antara acara lain adalah ucapan Pengetua, persembahan robotik, pantomin, deklamasi puisi dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Seterusnya, pelbagai aktiviti lain akan berlangsung sepanjang Bulan Patriotik peringkat sekolah. Antaranya aktiviti melukis Jalur Gemilang, membina arca 1Malaysia, pertandingan deklamasi sajak,Kelas Patriotik, Ekslporasi Sejarah, Melukis Portrait Tokoh Sejarah, dan Malam Ambang Merdeka sebagai acara kemuncak. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Add new comment
Last Updated (Thursday, 19 August 2010 23:48) |
Perpindahan GPK Pentadbiran
GPK Pentadbiran dan Akademik - Tuan Haji Azizan berpindah ke SMT D Seri Md Zin, Alor Gajah setelah berkhidmat selama 23 tahun di SMTM Bukit Piatu. Beliau masih memegang jawatan yang sama di sana. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Azizan atas jasa dan perkhidmatan yang telah disumbangkan di sekolah ini. Didoakan semoga beliau terus sukses dalam karier sebagai pendidik dan pentadbir. Kekosongan jawatan GPK Pentadbiran diisi oleh GPK HEM sedia ada - Tuan Haji Abdul Razak b Haji Dawam, manakala jawatan GPK HEM diisi oleh mantan GPK Kokurikulum SMT D Seri Md Zin - Puan Halimah bti Haji Ahmad. Semoga SMTM Bukit Piatu terus cemerlang di bawah jentera pentadbiran baru.
Haji Abdul Razak b Haji Dawam - GPK Pentadbiran baru. Last Updated (Tuesday, 10 August 2010 11:30) Selamat Datang Pengetua Baru
Warga SMTM Bukit Piatu mengalu-alukan kedatangan Tn. Hj. Arshad b Md Yusof ke sekolah ini untuk menjalankan tugas sebagai Pengetua yang baru mulai 1 Jun 2010. Last Updated (Monday, 26 July 2010 03:08) Jasamu Dikenang !
Khamis, 27 Mei 2010 : Suasana sedih menyelubungi jiwa semua warga SMTM Bukit Piatu dalam Majlis Perpisahan di Dewan Wawasan. Pengetua, Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Omar diraikan kerana akan berpindah untuk memulakan tugas di tempat baru - SMT Melaka Tengah mulai 1 Jun 2010. Dalam ucapannya, beliau meninggalkan amanat agar SMTM meneruskan usaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang khasnya dalam dunia akademik. Sejak mula bertugas pada Januari 2009 di sekolah ini beliau disanjungi sebagai seorang Pengetua yang berdedikasi, berhemah dan mudah bertolak ansur dalam setiap tindakannya. Pendaftaran PrauniversitiSelamat Hari Guru |
THE NEWS







